Selamat Datang Ke Laman Blog HPA Training, IT & Multimedia.

toolbar powered by Training & Multimedia
Download hpa.com.my Community Toolbar secara percuma


JADUAL SEMASA

Jadual Program Bulan November (Update 8 November 2009)
BIL.TARIKHPROGRAM
14 - 5 NovemberKursus Penghayatan HPA Darjah Awal kumpulan 12,akan diadakan di Dewan HPA Training, Tingkat 2,Pejabat HPA Training,IT & Multimedia,Amanjaya.
26 NovemberKursus Penghayatan HPA Darjah Awal kumpulan 13 (Pengurus Cawangan Zon Utara),akan diadakan di Dewan Kuliah 2, Tingkat 2,Outlet HPA Sungai Petani,Amanjaya.
11 & 12 NovemberKursus Penghayatan HPA Darjah Awal kumpulan 14,akan diadakan di Dewan Kuliah 2, Tingkat 2,Outlet HPA Sungai Petani,Amanjaya.


Jadual akan berubah dari masa ke semasa

Selasa, November 10, 2009

Paracetamol/Panadol dan jangka masa panjang

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Petikan dari sebuah blog

Read more...

Ahad, November 08, 2009

DVD KONVEK 09 DI PASARAN



HARGA MELALUI POS : RM 20.00
HARGA BELIAN DI HQ : RM 15.00


DVD KONVEK 09 AKAN DIPASARKAN
Kepada Semua
CAWANGAN HPA & KIOS HPA
SEMUA PENGARAH JATI SETIA ( PJS )
AGEN STOK
PENGEDAR HPA
DVD KONVEK 09 DI PASARKAN MULAI SEKARANG
SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI :

TEL OFF : 04 - 977 6804 / 6805
H/P : EN.KAMAL = 013 - 480 4717
EN.HIZIR = 019 - 415 5717
CIK NORMALINA = 019 - 221 2073

BAYARAN ATAS NAMA :AL WAHIDA MARKETING SDN BHD
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ( BIMB )
ACC NO : 090 100 100 19387

Read more...

Sabtu, November 07, 2009

RCH Sasar 50 buah Cawangan

Read more...

Selasa, November 03, 2009

30 peratus gelatin kapsul ubat tidak halal

PULAU PINANG 2 Nov. — Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan, Prof. Madya Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu".

Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata, produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal,” katanya. - Bernama

Read more...

Ahad, November 01, 2009

Majlis Penutup Sijil Herbalis 17





Alhamdulillah kursus sijil Herbalis 17 anjuran HPA telah pun menutup tirainya semalam. Seramai 70 org peserta dari 5 buah negara mengambil bahagian didalam kursus ini yang pertama kali menghimpunkan ahli2 dan staf dari pelbagai negara.Negara tersebut ialah Indonesia,Thailand,Cambodia,Hungray dan juga Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kursus sijil Herbalis kali ke 17 ini.

Pelbagai onak dan duri telah berlalu dalam suasana yang begitu mengharukan kepada semua peserta yang hadir bagi menjayakan majlis penutup kursus sijil Herbalis 17 ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan Omar Mokhtar yang menjadi sentimentle kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. Sedih dan pilu menyelubungi suasana dewan pada jam 3 ptg yang dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang juga merupakan rektor kepada sijil Herbalis 17 ini. Majlis dimulakan dngan bacaan Al-Quran oleh sdr Yusof dan diteruskan acara dengan sesi ucapan oleh wakil peserta dari kalangan muslimin dan muslimat.Sejurus selepas itu giliran Pengarah Urusan ,Tn Hj Ismail Hj Ahmad memberikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan sijil Herbalis ke 17 dengan tayangan Montaj dari Unit Multimedia menyusul selepas perasmian oleh Pengarah Urusan.Montaj dengan tema Di bawah Satu Cahaya,menggabungkan aspek budaya dan agama dari 5 buah negara dan tayangan slideshow telah membangkitkan seribu pengertian dan kenangan buat para peserta sepanjang program diadakan. Bab kata pepatah buang yang keroh ambillah yang jernih akan menjadi tauladan kita bersama.

Di akhir majlis penutupan ini,sesi perpisahan diadakan dengan bersalam salaman dengan semua urusetia dan pensyarah juga bersama pengarah urusan diatas pentas.Akhir kalam dari penulis Selamat Berjuang kepada semua peserta Herblis 17 yang telah berjaya bergelar perawat herbalis yang akan berjuang demi memartabatkan perubatan Thibbun nabawi ke seluruh dunia.Insyaallah.

Read more...

Free Download File

Klik file dan simpan

Blog Archive

Taipkan Cadangan atau Pertanyaan Anda Disini


Nama
Alamat Email
Subjek
Komen Anda

Pertanyaan tentang: MUTIARA HIKMAH SDN BHD, HPA TRAINING & MULTIMEDIA, ITHPA, HPA MULTIMEDIA SALE & SERVICE, BHG. PERHUBUNGAN LUAR SERTA PROMOSI & JUALAN SLM.
" Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukannya akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok" -Imam Hassan Al-Banna-

Jom Gebang جوم ݢيبڠ

Pengikut setia ڤڠيکوت ستيا

Copyright @ 2009 HPA Training, IT & Multimedia
No 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000, Sungai Petani, Kedah DarulAman.
Paparan skrin 1024 x 768
Mozila Firefox

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP